Monday, September 19, 2011

Teater & Drama FTW!

Hari ni hantarkan lukisan untuk kelas lukisan. Ironynya. =.=" Tugasan untuk lukisan Bentuk dan Perspektif.



Buruknya!! hahaha... tak apa, ada masa lagi untuk perbaiki kemahiran melukis. Tadi masa kelas lukisan belajar bagaimana untuk observe sambil melukis. Sedikit sebanyak apa yang aku belajar daripada kelas tadi ialah, observation yang teliti dapat mendekatkan kita pada satu lukisan yang almost sama dengan subjek yang kita lukis itu. Dalam 25 minit aku lukiskan potret member sekelas aku.


Petang tadi ada teater dan drama. Aku rasa pilihan aku untuk memasukinya memang tepat sekali. Setiap kali masuk, setiap kali itulah aku dibasahi dengan motivasi yang teramat membangkitkan semangat aku dan seringkali buat aku terharu nak menangis. Hiperbola betul! Kelab teater pada hari isnin memang satu langkah yang bijak. Apa yang aku belajar dalam teater hari ini ialah imitasi lakonan melalui teknologi dan juga motivation yang memberangsangkan. Lepas lakonan atas pentas tadi, aku rasa macam semangat je. Macam beban yang besar terlepas dari dalam diri aku. Mungkin sebab selama ni aku pendam je diri aku sebenar daripada orang lain. Thank you Teater & Drama for accepting me like family T.T

No comments:

Post a Comment