Aku rimas sebenarnya, balik dari kelas, muka aku rasa berat sangat. Berat minyak, berat jerawat, berat parut timbul, berat peluh, semua kat muka aku. Kalau pakai makeup, lagi BERAT! (mmg dah jarang pakai foundation, lantak pi la besar mana jerawat tu, sbb muka dh terasa berat)
Aku pilih Clean & Clear dulu pun sebab masa form 2 dulu ada orang datang sekolah bagi sample produk ni. Masa ni produk ni masih baru lagi, masih dalam testing-testing lagi. Diorang test kat budak sekolah la sebab target user diorang remaja-remaja macam kitorang masa tu kan. Masa aku pakai dulu, memang rasa pedas je muka ni, rasa macam dia hancurkan semua minyak-minyak dan nanah dalam pori-pori muka aku ni. WOW. Feeling dia macam proses pemejalwapan tau! (ceh, memandai je aku) Cuma aku berhenti pakai sebab tahap ke-asidan dia yang tinggi masa tu. Dia hakis muka sampai tepi-tepi hidung aku jadi hitam. Sebab kawasan tu lah yang banyak sangst toxic.
Sekarang ni terasa nak pakai balik. Biarlah hitam pun hidung aku, asalkan aku bebas dari rasa berat tu.
Tapi aku pakai-pakai aku rasa macam, Wadahel. Tak rasa apa-apapun. Macam cuci ngan air paip. Tak ada rasa woosh! (berangin gitu) Tak rasa ringan, tetap rasa berat. Tak ada umph! Muka bersih, tapi tetap rasa berat. Aku rasa mungkin sebab diorang terima banyak sangat feedback dari awek-awek remaja yang produk tu terlalu berasid kot.
Jadi aku pun macam runsing je. Aku pergi pekan tadi. Nasib baiklah pekan kecil ni ada watson. =.=" leh kumpul point lagi. Ehek! Anyway, aku pun grab la pencuci muka ni.
Jadi aku pun macam runsing je. Aku pergi pekan tadi. Nasib baiklah pekan kecil ni ada watson. =.=" leh kumpul point lagi. Ehek! Anyway, aku pun grab la pencuci muka ni.
Tengok, basah lagi, sebab aku baru lepas guna, dan teruja sangat nak cerita kat korang, terus je snap gambar! Hahaha...
Ni pencuci muka Garnier For Men. FOR MEN ok. Kalau korang tanya aku, kenapa aku terlintas nak pakai, ialah kerana kekadang aku terasa macam hormon kelakian aku melebihi hormon perempuan aku. Lantas menyebabkan aku rasa aku tak sesuai gunakan produk wanita. Sedih kan :(
Tetiba je masa guna produk ni dan rasa keberkesanannya, aku teringat pada seorang kawan tomboy aku. Dia pernah cakap dulu, "Aku takkan guna produk-produk perempuan ni! Semua lembut sgt. Tak ada kesan pun kat aku". Dia memang, daripada deodorant sampai ke minyak wangi, semua lelaki nya produk.
Tapi seriously aku cakap, pencuci muka ni fantastic! Lepas guna sekali, muka aku rasa ringan gile ****. (aku pun tak taula aku sensor apa, saje nak kasi macam boom je kan) Mak datok. Memang best. Hidung aku, ko tau tak, rasa macam nasi-nasi tu semua vanish! Tapi tu la, ni baru first impression aku sal produk ni. Tunggu le lagi beberapa minggu, aku nak tengok keberkesanannya pada jerawat aku. Hahaha.
p.s. sambil pakai produk luar, kena juga baiki dari dalaman. Jadi aku ambil vitamin E kapsul untuk fungsi merawat dari dalam. :)
Entri blog ini tiada penajaan mana-mana pihak. Ini hanya review semata-mata. Semua orang berbeza penerimaan. Kulit kita kan berbeza-beza. Cuma pendapat aku, kalau ko perempuan, dan selama ni ko rasa macam produk2 perempuan tak ada kesan apa-apa, try guna produk lelaki pula :D